Tentang Kami

Peranan wanita dalam berdakwah telah bermula sejak zaman Rasulullah dengan penglibatan para sahabat wanita di dalam menyokong dan membantu usaha penyebaran agama Islam ke seantero dunia. Bagi memastikan kesinambungan usaha dakwah di kalangan wanita, MDN-YADIM mengambil inisiatif mewujudkan Dewan Wanita yang berperanan untuk memastikan perpaduan di kalangan wanita berteraskan dakwah tanpa mengira fahaman politik, mazhab dan lain-lain demi ketinggian syiar Islam, kesejhteraan negara dan kesinambungan generasi yang utuh ke arah perpaduan ummah.

Oleh itu, pada 22 September 2016, satu Majlis Multaqa Wanita Kebangsaan telah diadakan dem menzahirkan hasrat murni MDN-YADIM. Di dalam perjumpaan tersebut, satu usul telah dihasilkan untuk dijasikan sebagai satu ketetapan aras halatuju DEwan Wanita. Dengan mengambil kira pelbagai kemahiran dan kepakaran wanita Malaysia, beberapa Kumpulan Kerja telah dibentuk sebagai rangkaian dakwah untuk memulakan usaha ke arah mencapai objektif perpaduan ummah MDN-YADIM.

Mengambil kira suasana zaman terkini yang berasaskan kepada teknologi ICT, salah satu rangkaian dakwah yang perlu diwujudkan adalah WATEC iaitu WOMEN ACTIVISTS TECHNOLOGY dengan menggunakan teknologi untuk berdakwah kepada semua wanita selurh negara bagi mencapai perpaduan yang jitu dengan ikatan tali Allah dan ukhuwwah muslimah di peringkat kebangsaan dan seterusnya di peringkat antarabangsa.

Selain daripada itu, WATEC juga akan digunakan untuk menyokong 4 lagi kumpulan kerja, iaitu:

1.Kumpulan Kerja Teknologi dan Komunikasi (KKTK)
2.Kumpulan Kerja Institusi Keluarga dan Pendidikan (KKIKKP)
3.Kumpulan Kerja Wanita Antarabangsa
4.Kumpulan Kerja Adab Kenegaraan (KKAK)

Srikandi Muslimah

Visi Watec

"Menjadi wadah perjuangan dakwah serta pusat penggembelengan sumber daya dan keilmuan bagi mencapai perpaduan ummah melalui pengunaan teknologi di kalangan wanita Malaysia dan antarabangsa"

©2019 Watec

Search